Bahasa Melayu Brunei

Bahasa Melayu Brunei
بهاس ملايو بروني
Asli kepadaBrunei, Malaysia Timur
KawasanWilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak (Malaysia), Brunei
EtnikMelayu Brunei, Kedayan
Penutur bahasa
500 000
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3kxd
  Kawasan di mana Bahasa Melayu Brunei dituturkan

Bahasa Melayu Brunei (Jawi: بهاس ملايو بروني) ataupun Bahasa Brunei ialah bahasa komunikasi utama penduduk di Brunei, Wilayah Persekutuan Labuan, Daerah Limbang, Miri dan Lawas di Sarawak dan Daerah Sipitang, Papar, Beaufort serta Kuala Penyu di Sabah. Bahasa ini mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu piawai. Penggunaan Bahasa Brunei berbeza-beza dari segi sebutan dan cara bertutur mengikut setiap daerah.

Sebagai contoh, Bahasa Melayu Brunei di daerah Bongawan, Sabah menyerupai penggunaan Bahasa Melayu di Tanah Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan perkataan berakhir dengan huruf 'a' bertukar kepada huruf 'e' (Tekilala=kenal menjadi Tekilale=kenal).

Bahasa Melayu Brunei ada sedikit persamaan dengan Bahasa Kedayan sama seperti Bahasa Melayu Kelantan dan Terengganu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bahasa Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada Bahasa Melayu yang ditutur di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah bunyi /ə/ akan ditukar menjadi bunyi /a/. Sila lihat contoh perkataan di bawah:

  • Besar=basar
  • Keras=karas
  • Beras=baras

Vokal 'o' ditukar menjadi 'u' seperti perkataan di bawah:

  • Boleh=bulih
  • Tolong=tulung
  • Kotak=kutak

Apabila sesuatu perkataan diakhiri dengan huruf vokal, maka huruf vokal itu hendaklah disebut seperti di bawah:

  • Kita hendaklah disebut kita'
  • Lawa hendaklah disebut lawa'
  • Buku hendaklah disebut buku'
  • Kari hendaklah disebut kari'

Sebutan di atas ini mempunyai persamaan dengan Dialek Sarawak.

Bunyi /r/ pada perkataan (contohnya "pagar") adalah jelas (kecuali dialek Kedayan).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne